Tengku Shaheera Ilani

YM Tengku Shaheera Ilani binti Tengku Iskandar Putra atau juga dikenali sebagai Sheera Iskandar (lahir 18 April 1985) ialah seorang pelakon wanita Malaysia. Sheera merupakan anak sulung pelakon Aznah Hamid dengan YM Tengku Iskandar Putra Bin YAM Tengku Long Ahmad (Tengku Panglima Raja) ibni YAM Tengku Long Abdul Ghaffar (Tengku Temenggong) Ibni DYMM Sultan Muhammad II (Long Senik Mulut Merah), seorang kerabat diraja Kelantan. Namanya melonjak naik selepas berlakon drama bersiri Janji Diana. Bakat beliau dicungkil oleh Rosnani Jamil menerusi filem Bicara Hati yang turut dibintangi oleh Fazura dan Hanez Suraya.

Tengku Shaheera Ilani

Pekerjaan Pelakon
Ibu bapa Aznah Hamid (ibu), Tengku Iskandar bin Tengku Long Ahmad (bapa)
Pasangan Doul Harun (k. 2015)
Tahun aktif 2003–kini
Kelahiran YM Tengku Shaheera Ilani binti Tengku Iskandar Putra
(1985-04-18) 18 April 1985 (umur 35)
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Kediaman Kuala Lumpur